Sambutan Hari Guru 2010, SK Temong





Sambutan hari guru 2010 diadakan serentak di semua sekolah Daerah Kuala Kangsar dan daerah lain yang sewaktu dengannya.. pelbagai acara yang diadakan dan antara yang sempat dirakam ialah beberapa gaya dan aksi si cilik prasekolah bintang kecil yg mencuit hati. check it out!



Salah satu hadiah kami...
tepak sireh buatan asli...
untuk guru yang dikasihi...
semoga riang kekal abadi...










Sekeping hati seorang GURU


Akulah guru
Bersemangat penuh tekad
Berjiwa penuh dedikasi
Ku lontar semua prasangka
Ku buang semua kisah duka
Ku mulakan perjuangan ini
Penuh bermakna
Demi anak bangsa…..

Aku mesti buktikan
Pada mereka yang memandangku
Penuh curiga
Aku bukan berpura-pura
Dalam perjuanganku
Yang seikhlas hati ini…

Biarlah,
Ada kala mereka menganggap aku alpa
Adakalanya aku dipandang hina
Namun,
Aku punya perjuanganku sendiri
Aku berjuang demimu Illahi

Ku genggam amanahMu ini, Ya Allah,
Moga mendapat keberkatan ilmu ini
Untuk semua anak didikku.
Sebagaimana aku mendidik anak-anakku sendiri.
Amin ya rabbal alamin….

SELAMAT HARI GURU 2010 BUAT SEMUA WARGA PENDIDIK ANAK BANGSA


Nukilan rasa’
Sirosa-24072007