Sambutan Hari Guru 2010, SK Temong





Sambutan hari guru 2010 diadakan serentak di semua sekolah Daerah Kuala Kangsar dan daerah lain yang sewaktu dengannya.. pelbagai acara yang diadakan dan antara yang sempat dirakam ialah beberapa gaya dan aksi si cilik prasekolah bintang kecil yg mencuit hati. check it out!



Salah satu hadiah kami...
tepak sireh buatan asli...
untuk guru yang dikasihi...
semoga riang kekal abadi...










Sekeping hati seorang GURU


Akulah guru
Bersemangat penuh tekad
Berjiwa penuh dedikasi
Ku lontar semua prasangka
Ku buang semua kisah duka
Ku mulakan perjuangan ini
Penuh bermakna
Demi anak bangsa…..

Aku mesti buktikan
Pada mereka yang memandangku
Penuh curiga
Aku bukan berpura-pura
Dalam perjuanganku
Yang seikhlas hati ini…

Biarlah,
Ada kala mereka menganggap aku alpa
Adakalanya aku dipandang hina
Namun,
Aku punya perjuanganku sendiri
Aku berjuang demimu Illahi

Ku genggam amanahMu ini, Ya Allah,
Moga mendapat keberkatan ilmu ini
Untuk semua anak didikku.
Sebagaimana aku mendidik anak-anakku sendiri.
Amin ya rabbal alamin….

SELAMAT HARI GURU 2010 BUAT SEMUA WARGA PENDIDIK ANAK BANGSA


Nukilan rasa’
Sirosa-24072007

Hi friends!. its all about me? and about us.. hope you,ll enjoy the scene.

Tentang Prasekolah Bintang kecil

Latarbelakang Prasekolah Bintang Kecil, SK Temong....

Pelajaran Harta Abadi... 100 tahun SK Temong

Bangunan Prasekolah Bintang Kecil merupakan bangunan ke2 yang mula beroperasi pada tahun 2008. Pra yang baru beroperasi 2 tahun ini masih belum begitu lengkap terutama dari segi peralatan pembelajaran, bahan permainan dan buku2 bacaan murid. Walau bagaimanapun,guru dan PPM telah mengambil inisiatif dengan mewujudkan prasarana yang sesuai dengan konsep pembelajaran yg boleh diterima oleh golongan si kecil ini.

Klik sini untuk melihat prasekolah kami.. zoommm
(ops! sorry x sempat upload pic lagi, tungguuu...)

Aktiviti Pra Sekolah

12 Mac 2010, Jumaat :- Majlis Sambutan Maulidur Rasul telah diadakan di Sekolah Temong. Dalam Majlis ini murid-murid pra sekolah tidak ketinggalan untuk mengambil bahagian dalam memeriahkan lagi sambutan Maulidur Rasul 1431H. Murid-murid pra sekolah mengambil bahagian dalam persembahan nasyid.




11 Febuari 2010, Khamis :- Majlis Temasya Olahraga Tahunan Ke-18 SK Temong. Murid-murid pra mengambil bahagian dalam perbarisan, larian dan kutip gula-gula.



Bengkel Bina Blog dengan Kengkawan Prasekolah PPD Kuala Kangsar

Salam buat semua warga komuniti Prasekolah Daerah Kuala Kangsar. Kursus bina blog yang diadakan di PPD Kuala Kangsar pada 27 Mac 2010 baru-baru ini sangat bermanfaat terutama kepada guru-guru yang baru mengenali dunia IT. Moga pada masa-masa akan datang akan ada banyak lagi aktiviti yang bermanfaat yang boleh dikongsi bersama-sama kita untuk faedah bersama.